HARI MINGGU BIASA KE-20, TAHUN C - 18HB OGOS 2019

1. KELAS SAKRAMEN PENGUATAN
Pendaftaran untuk mengikuti kelas penguatan masih dibuka kepada sesiapa yang berumur 15 tahun ke atas yang belum menerima Sakramen Penguatan, anda digalakkan untuk mengikuti kelas penguatan yang diadakan pada, setiap hari Selasa, jam 7.30pm. Borang boleh didapati di Pejabat Paroki kita. Sila bawa salinan sijil lahir, kad pengenalan, sijil baptis dan komuni.

2. LAWATAN ZIARAH KE GEREJA GOOD SHEPHERD MARUDI
Sempena Tahun Misi, paroki kita akan mengadakan Lawatan Ziarah ke Gereja Good Shepherd Marudi pada 2hb September 2019, Isnin. Lawatan ini terbuka kepada semua umat Paroki St. Dominic & the Rosary. Bagi sesiapa yang ingin menyertai lawatan ini, sila daftarkan nama selepas Misa atau di Pejabat Paroki sebelum 27hb Ogos, dan yuran pendaftaran adalah RM10 untuk makanan tengahari dan buku program. Untuk makluman, TIADA pengangkutan/kenderaan disediakan. Anda diminta untuk menggunakan/menguruskan kenderaan sendiri. Baju T Lawatan Ziarah  akan dijual dengan harga RM28 bagi yang tidak berkolar, RM38 untuk baju berkolar. Sila buat tempahan di kaunter pendaftaran di luar pintu gereja selepas Misa. Tarikh tutup tempahan baju adalah pada 18hb Ogos.

3. PROGRAM KESIHATAN ORAL KEAGAMAAN (KOA) ANJURAN KLINIK PERGIGIAN MIRI
Sukacita dimaklumkan, Klinik Pergigian Miri akan menganjurkan Program Kesihatan Oral Keagamaan (KOA) pada:
Tarikh : 24hb Ogos 2019, Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan St. Dominic & the Rosary Church
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti ceramah pergigian, pameran pergigian dan pemeriksaan pergigian. Kepada yang berminat terutamanya warga emas, dijemput untuk menghadiri program ini.

4. PERSIDANGAN BELIA BERKERJAYA
Tarikh : 31hb Ogos – 2hb September 2019
Tempat : Dewan Suarah, Marudi
Yuran Pendaftaran : RM 80
Anda boleh mendaftar di kaunter pendaftaran selepas Misa.

5. KURSUS LATIHAN GURU PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP) DALAM BAHASA INGGERIS
Tarikh : 31hb Ogos – 2hb September
Tempat : Church of Mater Dei, Lutong
Yuran : RM 40 (termasuk sarapan, tea break, makan tengah hari & bahan 
                  kursus)
Kursus ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru yang mengajar kursus perancang keluarga semulajadi. Borang boleh didapati di pejabat paroki.

HARI MINGGU BIASA KE-19, TAHUN C- 11HB OGOS 2019

1. KELAS SAKRAMEN PENGUATAN
Bagi sesiapa yang berumur 15 tahun ke atas dan belum menerima Sakramen Penguatan, anda digalakkan untuk mengikuti kelas penguatan yang akan bermula pada 13hb Ogos, jam 7.30pm, setiap hari Selasa. Borang boleh didapati di Pejabat Paroki kita. Sila bawa salinan sijil lahir, kad pengenalan, sijil baptis dan komuni.

2. MISA HARI RAYA SANTA PERAWAN MARIA DIANGKAT KE SYURGA
i)Dalam Bahasa Iban
    Tarikh    : 14hb Ogos, Rabu
    Masa    : 7.30 malam
    Misa pagi pada hari tersebut (14hb Ogos) akan diadakan pada pukul 7.00 pagi.

ii)Dalam Bahasa Malaysia
Tarikh    : 15hb Ogos, Khamis
Masa    : 7.30 malam
Tiada Misa Pagi pada hari tersebut (15hb Ogos).

3. LAWATAN ZIARAH KE GEREJA GOOD SHEPHERD MARUDI
Sempena Tahun Misi, paroki kita akan mengadakan Lawatan Ziarah ke Gereja Good Shepherd Marudi pada 2hb September 2019, Isnin. Lawatan ini terbuka kepada semua umat Paroki St. Dominic & the Rosary. Bagi sesiapa yang ingin menyertai lawatan ini, sila daftarkan nama di Pejabat Paroki sebelum 25hb Ogos. Untuk makluman, TIADA pengangkutan/kenderaan disediakan. Anda diminta untuk menggunakan kenderaan sendiri.

4. BORANG MENCADANGKAN NAMA BAGI BAKAL CALON-CALON AHLI BARU MAJLIS PAROKI (PARISH COUNCIL)
Proses cadangan nama untuk bakal ahli Parish Council diadakan sepanjang bulan ini. Umat Paroki  dijemput untuk mencadangkan 3 nama mereka yang berpotensi boleh melayani di dalam Parish Council.   Borang boleh didapati daripada warden selepas Misa atau anda boleh dapatkan di pejabat paroki. Selepas borang diisi, umat boleh memasukkan borang tersebut di dalam kotak yang telah disediakan di belakang tempat duduk warden. Tarikh tutup untuk menghantar borang adalah sebelum 31hb Ogos. Sokongan dan penyertaan semua umat dalam pemilihan ahli Parish Council yang baru ini amatlah dihargai.

5. BORANG PETUGAS LITURGI UNTUK MISA SUNSET DAN MISA HARI MINGGU
Kepada umat yang ingin bertugas sebagai Pengulas/Commentator dan Pembaca/Reader untuk Misa Sunset atau Misa Hari Minggu di Gereja St. Dominic & the Rosary, adalah boleh dapatkan borang daripada warden selepas Misa atau di pejabat paroki. Selepas borang diisi, sila hantar di Pejabat Paroki.

6.PERSIDANGAN BELIA BERKERJAYA
Tarikh    : 31hb Ogos – 2hb September 2019
Tempat    : Dewan Suarah, Marudi
Yuran Pendaftaran : RM 80
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk di pejabat paroki.

7. KURSUS LATIHAN GURU PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI (NFP) DALAM BAHASA INGGERIS
Tarikh    : 31hb Ogos – 2hb September
Tempat    : Church of Mater Dei, Lutong
Yuran        : RM 40 (termasuk sarapan, tea break, makan tengah hari & bahan 
                        kursus)
Kursus ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru yang mengajar kursus perancang keluarga semulajadi. Borang boleh didapati di pejabat paroki.